Live TikTok Fattah Amin dihujani ‘gift’, raih 50,000 tontonan & lebih 20 juta tanda suka

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS sah bercerai 7 Oktober lalu, pelakon Fattah Amin terus menjadi sorotan warganet yang ingin mengetahui perkembangan terkininya.

Ini termasuklah ketika sesi siaran langsung menerusi platform TikTok malam tadi turut meraih sehingga lebih 50,000 penonton.

Sepanjang lebih sejam bersiaran langsung, bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Melayu itu turut mendapat tanda suka sehingga lebih 20 juta.

Fattah atau nama lengkapnya Muhammad Fattah Amin,34, turut mengaku ia adalah kali pertama bersiaran langsung di media sosial terbabit.

Pada masa sama, penggunaan TikTok yang menonton ‘live’ Fattah turut bermurah hati memberikan ‘gift’ kepada aktor terbabit.

“Saya tak tahu sangat mengenai ‘gift’ ni sebab baru pertama kali buat ‘live’.

“Team saya yang kat sini pun sama juga tak tahu sangat fasal ‘gift’ ni. Tak apalah nanti lepas tamat ‘live’, saya akan ‘explore’ lagi.

“Mungkin lepas ni saya akan panggil ‘team’ yang betul. Terima kasih kepada semua yang memberi ‘gift’ kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fattah turut memberitahu akan terus menggunakan platform berkenaan sebagai medium berinteraksi bersama peminat.

Malah, dia juga akan mengeluarkan produk baharu yang akan dijual di media sosial tersebut.

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This