Tanah runtuh di kawasan kediaman, Sharifah Shahirah sukar tidur bimbang perkara buruk bakal berlaku

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis


PENYAMPAI radio dan pelakon Sharifah Shahirah sukar tidur malam setiap kali membayangkan berlakunya bencana tanah runtuh di kawasan kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Shahirah atau mesra disapa sebagai Shiera,50, berkata, dia dan keluarga hanya mampu berserah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Setiap kali musim hujan, mulalah saya tak lena tidur sebab kawasan rumah saya ini mudah berlaku banjir kilat dan tanah runtuh.

“Tapi saya tidaklah bersiap sedia awal dengan mengemas barang-barangan rumah. Kami hanya boleh reda dan pasrah untuk sebarang kemungkinan,” katanya kepada URTV.

Pagi tadi berlaku kejadian tanah runtuh di sebuah bukit yang terletak sekitar 100 meter dari rumahnya yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Shiera berpendapat bencana alam berlaku kemungkinan disebabkan pembangunan yang aktif dijalankan di kawasan berkenaan.

Katanya lagi, dia juga berharap agar orang ramai yang terkesan dengan kejadian terbabit, sentiasa berhati-hati dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Sekarang ini memang banyak pembangunan termasuk di kawasan atas bukit tu. Kita pun tidak boleh nak hentikan. 

“Saya harap hujan tidak berlarutan dan segera berhenti. Setakat ini masih okey lagi dan laluan saya tidak terjejas.

“Kepada ibu bapa yang ada anak-anak tak kira kecil atau dewasa, sentiasalah pantau, peka dan berhati-hati pergerakan anak dalam waktu begini,” katanya.

Selain tanah runtuh, kawasan di sekitar Kuala Lumpur turut terkesan selepas dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak 7 pagi tadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This