700 penghuni Puncak Arabella Cameron Highlands terputus hubungan akibat tanah runtuh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KIRA-KIRA 700 orang penghuni Apartment Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan akibat kejadian tanah runtuh, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu berlaku di lereng bukit berhampiran Blok C, Apartment Puncak Arabella itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli memaklumkan, insiden tersebut telah menyebabkan laluan keluar dan masuk ke apartment berkenaan terhalang.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian berkenaan.

“Semua agensi telah digerakkan ke lokasi bagi tinjauan keselamatan dan penilaian kesesuaian penempatan di apartment tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Banjir: Inisiatif ganti pasport percuma bukti kebajikan rakyat keutamaan kerajaan – Saifuddin

Mengulas lanjut, Azri berkata, Jabatan Meteorologi dan Geosains (JMG) juga telah dihubungi bagi bantuan penilaian segera berkenaan status tanah.

“Pasukan Jabatan Kerja Raya dan SMR Selenggar-Pahang Sdn Bhd turut telah bergerak ke lokasi untuk melaksanakan tindakan pembersihan jalan dan juga langkah berjaga-jaga sementara untuk perlindungan cerun (temporary precautions for slope protection) terlebih dahulu,” katanya.

Beliau turut menasihati masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat yang tidak sahih.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Cameron Highlands di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This