Samun jongkong emas bernilai RM5.9 juta, polis buru 2 lelaki, 7 sudah ditahan

Dari Penulis

POLIS kini giat memburu dua orang lelaki yang kini dalam senarai dikehendaki berkait kes samun jongkong emas bernilai RM5.9 juta pada 13 September lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai M Sharuddin Majid, 35, Tuan Nazrin Shah Tuan Nasir, 28.

Katanya, M Shahariddin beralamat terakhir di Lot 1956, Lorong Setia 4, Taman Setia, Kuala Terengganu.

“Manakala Tuan Nazrin Shah beralamat terakhir di No. 11, Jalan 1, Taman Teratai, Jerantut, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihaknya sebelum ini telah menahan lima lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kes samun tersebut di Kompleks Industri Puchong, Selangor.

“Kejadian berlaku ketika pengadu bersama seorang rakan sedang memasukkan barangan syarikat yang berupa ketulan jongkong emas ke dalam sebuah kenderaan milik syarikat.

“Pengadu kemudian telah didatangi empat orang lelaki bertopeng menaiki sebuah Perodua Axia yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Tambahnya, pengadu telah dipukul di tangan dan kaki dengan menggunakan kayu oleh salah seorang suspek.

“Suspek kedua mengacukan senjata jenis parang bagi membolehkan suspek ketiga mengambil beg berisi jongkong emas seberat 16.9 kilogram yang berada di tempat duduk belakang kenderaan syarikat,” katanya.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Serdang telah berjaya tujuk suspek warga tempatan masing-masing berusia 27 hingga 60 tahun pada 8 Oktober sehingga Isnin lalu.

Katanya, semakan mendapati empat suspek mempunyai 25 rekod jenayah lampau dan narkotik.

“Polis berjaya merampas kenderaan dan peralatan yang digunakan semasa samun iaitu sebuah Perodua Axia, sebuah Volkswagen Passat, enam helai sarung tangan serta barangan samun iaitu empat kepingan berwarna emas dan wang tunai dipercayai hasil jualan harta samun,” katanya.

Hussein berkata, dua suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini di bawah Seksyen 395/397 dan Seksyen 412/414 Kanun Keseksaan.

Sementara empat suspek akan dituduh di Mahkamah esok di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan manakala seorang suspek akan diikat bon sebagai saksi pendakwaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This