Avokado atau nama saintifiknya Persea Americana berasal dari Mexico dan Guatemala ini mempunyai banyak khasiat. Mexico merupakan pengeluar utama Avokado dunia.
Buahnya tidak tahan lama, rasanya agak berlemak dan berkrim. Uniknya buah avokado mempunyai lebih banyak lemak sihat berbanding karbohidrat.
Avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Avokado seakan buah pear dan hidup dalam cuaca panas.
KHASIAT AVOKADO
- Pengambilan avokado secara kerap mampu merendahkan tekanan darah kerana ia mengandungi potassium yang tinggi.
- Kandungan folat di dalam avokado mengandungi zat baik untuk kesihatan jantung. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Avokado kaya dengan kandungan vitamin A, B, C, E, K dan amat baik untuk meningkat imun badan dan mengekalkan kesihatan tubuh.
- Lemak sihat daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan mengawal tahap gula dalam darah daripada meningkat.
- Avokado antara buah yang sihat untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan.
- Avokado juga baik untuk usus dan membantu mencegah sembelit terutamanya untuk wanita hamil.
- Avokado dijadikan lulur muka untuk menghaluskan dan mencantikkan kulit serta melambatkan proses penuaan.
- Minyak avokado berkesan sebagai pelincir semula jadi yang baik untuk sendi-sendi dan menghindarkan penyakit arthritis.
- Avokado boleh menghalang pertumbuhan sel kanser prostat.
- Avokado mempunyai khasiat yang tinggi dan dapat membantu menyerap nutrien dan membantu meningkatkan pertahanan antioksidan badan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

