670 bangsa banjir di tiga negeri setakat 9.30 pagi

Dari Penulis

SERAMAI 670 mangsa banjir masih berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat 9.30 pagi tadi.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di PERAK, 409 mangsa daripada 118 keluarga ditempatkan di enam PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Di SELANGOR, 152 mangsa daripada 57 keluarga berlindung di empat PPS di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor, sementara di KEDAH, 109 mangsa daripada 30 keluarga berada di satu PPS di Bandar Baharu.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan lima sungai mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya, melibatkan stesen Muput, Bintulu; Marudi, Miri dan Sungai Dausan, Mukah di Sarawak serta Sungai Klang di Bandar Klang dan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam di Selangor.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This