MENJELANG tahun 2025, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan dunia bakal berdepan masalah kekurangan sumber air bersih.
Menurut National Geographic Society, keadaan itu akan menjejaskan secara langsung kira-kira 1.8 bilion penduduk yang menetap di kawasan yang berhadapan dengan masalah kekurangan air.
Laporan di atas wajar diambil penuh rasa tanggungjawab, hal ini kerana masalah kecurian air masih lagi berlaku saban tahun di negara ini dan ia mengganggu penyaluran bekalan kepada pengguna.
Sebagai contoh laporan pada awal tahun ini tentang kewujudan setinggan besar dianggarkan mencecah 12,000 rumah di Sepanggar, menjadi antara penyumbang kepada masalah air yang berlaku di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, koloni setinggan menimbulkan masalah bekalan air berikutan perbuatan penyambungan haram yang mengakibatkan kira-kira 18 juta liter sehari (MLD) dicuri penghuni penempatan itu.
Beliau berkata, situasi tersebut menjejaskan rutin harian warganya, terutama dalam kalangan penuntut yang tinggal di kolej kediaman.
Sementara itu, sepanjang tahun lalu, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) menerima 914 aduan penguatkuasaan kecurian air di seluruh negeri.
Baca artikel lain: Inisiatif Solar@PETRA teraju usaha agenda peralihan tenaga negara
Katanya, 430 aduan merupakan kes sahih melibatkan 129 akaun komersial dan 301 akaun domestik membabitkan tuntutan ganti rugi kehilangan air sebanyak RM373,165.
Masalah kecurian air adalah kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang diselia oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Tindakan tegas boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki membuat kesalahan tersebut dengan Akta 655 memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika disabitkan kesalahan.
Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 123 Akta 655.
Sehubungan itu, orang ramai diminta melaporkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sekiranya melihat berlakunya kejadian kecurian air dalam memastikan bekalannya kepada pengguna kekal terjamin.
Laporan boleh dilakukan melalui aplikasi Whatapps SPAN 013-388 5000 selain emelkan kepada [email protected] atau eaduan.span.gov.my.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

