Langgar lari penunggang motosikal, polis cari pemandu kereta

Dari Penulis

POLIS masih mengesan pemandu kereta yang melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Lebuhraya Sungai Besi menghala The Mines, Sri Kembangan, pada 2.34 petang, 11 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video tular di media sosial memaparkan kejadian kemalangan itu, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan menghala ke susur masuk Lebuhraya Sungai Besi.

“Pada masa yang sama, sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti datang dari arah Terminal Bersepadu Selatan telah melanggar penunggang motosikal menyebabkan penunggang hilang kawalan lalu terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu kenderaan tersebut tidak memberhentikan kenderaan selepas kemalangan dan telah melarikan diri.

“Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki berumur 40 tahun telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, pemandu kenderaan serta pemilik kameran papan pemuka diminta hadir ke ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zuhairi di talian 017-9732731.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This