[VIDEO] 21 tahun tanpa single solo, Hazrul Nizam kini tampil dengan Rawan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.

Single berjudul Rawan yang ditulis dan digubah oleh Amylea Azizan itu menjadi pengubat rindu buat seluruh peminat Hazrul selepas sekian lama menantikan kemunculannya dengan buah tangan baharu.

Hazrul yang juga penyanyi asal Singapura berkata, selepas dilancarkan di semua platform penstriman muzik termasuk YouTube pada 13 Oktober lalu, Rawan menerima maklum balas positif pendengar.

“Lagu Rawan sudah ada di semua platform penstriman seperti Spotify, Apple music dan YouTube. Alhamdulillah penerimaan sangat memberangsangkan.  

“Ramai penyokong saya sangat suka lagu Rawan dan mungkin terubat rindu untuk saya keluarkan lagu solo selepas 21 tahun tiada lagu semenjak Kaulah Segalanya.

“Alhamdulillah lagu ini juga di pilih untuk menjadi runut bunyi (OST) drama Satu Hari Nanti yang dibintangi Bella Astillah, Ezaidi Aziz dan ramai lagi terbitan Mache All Star United,” kata bekas peserta program realiti, Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Mengulas mengenai muzik video (MV) Rawan, Hazrul bersyukur kerana ia dibantu oleh barisan pelakon hebat untuk menambah seri single nyanyiannya itu.

“Saya akan buat yang terbaik untuk mempromosikan lagu Rawan ni. MV sudah dilancarkan pada 13 Oktober lalu. Saya amat bersyukur kerana pelakon-pelakon legenda dan handalan sudi bekerjasama.

“Antara yang terlibat Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Datuk Rahim Razali. MV Rawan diarahkan oleh pengarah terkenal, Bobby Husaini dan diterbitkan oleh HMA Entertainment.

“Untuk MV ini saya memang nak bercerita, bukan sekadar muka saya menyanyi dalam MV itu. Saya nak menceritakan sebuah situasi yang menggambarkan kehilangan diri kerana kalau cerita pasal cinta macam dah banyak lagu sebegitu.

“Saya nak buat kelainan sikit dan Ahamdulillah apabila saya berkongsi idea dengan pasukan saya, Bobby, dia pun menambah idea mengikut kemahuan saya dan terciptalah muzik video ini,” katanya.

Berkongsi maksud disebalik lagu Rawan, Hazrul berkata, ia menceritakan mengenai kehilangan yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai maksud mengikut pendengar.

“Rumusan lagu Rawan ni menceritakan perasan pilu bercampur sedih. Seperti kehilangan. Tak kisah kehilangan orang tercinta, atau kucing kesayangan ataupun kehilangan diri sendiri. 

“Amylea adalah pengubah lagu Rawan dan penulis lirik. Memang terharu bila dia sudi nak tuliskan lagu untuk saya.

“Saya sangat tertarik dengan melodi dan lirik lagu Rawan. Saya memang suka lagu berentak balada atau galau begini dan menarik sekali, lagu ini boleh diinterpretasikan dalam pelbagai cara. 

“Bukan untuk yang patah hati kerana cinta sahaja, untuk yang kehilangan keluarga atau kawan termasuk kehilangan diri sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hazrul berkongsi, dia masih menerima undangan untuk menjayakan persembahan, namun terpaksa menolak beberapa tawaran di Malaysia berikutan tiada permit daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Tambah Hazrul, dengan single Rawan, ia boleh dianggap jalan untuk membuat kebangkitan semula dalam industri muzik.

“Selepas GV9, saya balik ke Singapura untuk uruskan kerja hartanah saya. Banyak juga undangan di Singapura, Alhamdulillah dan di Malaysia juga. Tapi kerana saya tiada permit PUSPAL, banyak yang terpaksa saya tolak.

“Lagu solo ni mengambil masa agak lama kerana selepas GV9 saya ada lancarkan lagu duet bersama penyanyi Singapura, Diana Nazyra berjudul Sejuta Kata. Selepas itu, bergabung pula dengan kawan baik saya di GV9 iaitu Dina Nadzir dengan lagu Berat Hati. 

“Jadi saya tunda lancarkan lagu Rawan ini. Kalau nak ikutkan, sudah 21 tahun sejak lagu solo, Kaulah Segalanya. Saya sangat teruja untuk lagu ni. Jadi selepas GV9 itu saya tidaklah berdiam diri sahaja. Masih berkarya dan akan terus berkarya,” ungkapnya.

Lagu Rawan boleh distrim di pelbagai platform seperti Spotify dan Apple music manakala MV boleh ditonton di YouTube menerusi saluran Alternate Records & Talents.

Peminat juga boleh mengikuti perkembangan semasa Hazrul dalam industri seni melalui saluran YouTube rasminya, Hazrul Nizam, Instagram, @azruul dan TikTok, Hazrul Nizam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This