Aprena Manrose sudah kembali ‘free hair’?

Dari Penulis


PENAMPILAN pelakon Aprena Manrose yang hanya menutup rambutnya dengan skaf berwarna putih ketika bermain badminton semalam telah menarik perhatian netizen.

Aprena dilihat melakukan aktiviti riadah itu bersama sepupunya yang juga aktres Uqasha Senrose selain turut disertai rakan-rakan lain.

Menerusi Instagram Story Uqasha, dia telah mengulang siar satu klip video yang dikongsikan rakannya di platform terbabit.

Dalam paparan video terbabit, kelihatan Aprena tidak memakai hijab sebaliknya hanya menggunakan skarf selain menampakkan rambutnya yang berwarna perang.

Sementara itu, menerusi pemerhatian URTV di Instagram Aprena atau nama penuhnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, turut menggunakan tuala kecil bertujuan untuk menutup rambutnya.

Bagaimanapun, bahagian lehernya terdedah sekaligus menampakkan auratnya.

Terdahulu, Aprena pernah dikritik selepas hanya menggunakan hoodie dan topi untuk menutup rambut tetapi bahagian lehernya terdedah sekaligus mengundang amarah orang ramai.

Sekitar 2021, Aprena mula perlahan-lahan menutup aurat dengan mengenakan hijab meskipun selepas itu dia akui hatinya sering berbolak-balik untuk kekal istiqamah. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This