Kedah FC lega, terima sumbangan RM300,000 dari penderma bersimpati

Dari Penulis

SKUAD Sang Kenari mendapat berita baik hari ini selepas pihak pengurusan kelab menerima suntikan dana berjumlah RM300,000 daripada seorang individu yang bersimpati dengan para pemain dan petugas pasukan itu yang telah beberapa bulan tidak mendapat gaji.

Selain itu, penderma tersebut Royfaizal Razali Chong yang bukannya anak jati Kedah menyatakan tindakannya juga dibuat kerana tertarik dengan sikap dan pemikiran pemilik kelab, Tan Sri Mohd Daud Bakar yang sentiasa memikirkan mengenai naisb orang lain daripada diri sendiri.

“Saya bukan anak jati orang Kedah. Tetapi, rezeki Allah nak bagi tahun ni saya mendapat Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.) dari Tuanku Sultan Kedah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-82 atas sokongan Canser Survivor Malaysia (CSM).

“Kemudian, saya mendapat pula sambung belajar Ijazah Kedoktoran di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Dan semalam berjumpa pula dengan Tan Sri untuk penajaan kelab bola sepak KDA FC,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Apabila berbual dengan Tan Sri, orangnya sangat ramah dan komited berusaha mencari penaja memberi suntikan dana kepada kelab dan dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku ketika ini.

“Secara peribadi, saya tahu RM300,000 tak mampu untuk menyelesaikan semua masalah yang ada, tetapi saya percaya ia mampu mengurangkan sedikit sambil berdoa ada lagi penaja yang tampil ke depan,” katanya.

Hantaran itu dibuat berserta dua keping gambar memaparkan Royfaizal bertemu Daud Bakar berserta tiga individu lain di dalam sebuah restoran yang dipercayai lokasi perbincangan mereka.

Suntikan dana berkenaan pasti akan digunakan untuk meringankan tunggakan gaji dialami pemain skuad Sang Kenari yang dilaporkan tidak menerima bayaran selama beberapa bulan.

Tunggakan bayaran itu jelas member kesan terhadap persembahan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berada di kedudukan ke-10 Liga Super dengan hanya 12 mata direkodkan.

Dalam pada itu, individu berkenaan juga sempat menitipkan pesanan buat penyokong Hijau Kuning supaya hadir ke stadium dan memberi sokongan buat skuad kendalian Nafuzi Zain itu.

“Kepada Tan Sri, saya doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan. Orang seperti Tan Sri dah tak ramai di Malaysia ni. Kebanyakan mereka sentiasa fikir tentang apa faedah kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain dan ianya berbeza dengan pemikiran Tan Sri.

“Kepada KDA FC, teruskan semangat berjuang. Jangan luntur semangat ketika diberi ujian hidup. Kepada penyokong tegar KDA FC, datang dan penuhkan stadium, pembelian tiket anda akan bantu meringankan lagi kemelut yang sedang melanda KDA FC,” tulisnya.

Skuad Sang Kenari akan berdepan PDRM FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat ini dengan tiga mata mampu menaikkan lagi kedudukan mereka dalam carta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This