Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita diiktiraf sebagai lelaki

Dari Penulis

SEORANG wanita yang memfailkan saman untuk diiktiraf sebagai lelaki selepas menjalani pembedahan di Thailand ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana isu tersebut telah melalui proses litigasi sebelum ini.

Keputusan ini dibuat terhadap saman yang difailkan pada 2016, di mana wanita tersebut memohon deklarasi untuk diiktiraf secara sah sebagai lelaki dan memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengubah jantina pada MyKadnya.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kes itu tidak sesuai untuk didengar kerana isu yang sama telah dibicarakan melalui permohonan semakan kehakiman dan saman sivil.

Saman ini difailkan selepas permohonan wanita itu untuk membuat semakan kehakiman pada 2013 berkenaan keputusan JPN menolak permohonannya untuk pengiktirafan pertukaran jantina, ditolak, lapor FMT.

Dalam rayuan ke Mahkamah Persekutuan, beliau diarahkan untuk mencari penyelesaian melalui tindakan sivil.

Wanita tersebut sebelum ini memberi keterangan bahawa dia telah menjalani pembedahan penukaran jantina di Thailand pada 2011.

Dia kemudiannya mendapatkan khidmat empat doktor tempatan yang semuanya menyediakan laporan perubatan bagi menyokong permohonannya untuk menukar jantina. Bagaimanapun, JPN enggan melayan permintaan itu.

Dalam hujahan di Mahkamah Persekutuan hari ini, peguamnya Chong Joo Tian berhujah bahawa wanita itu berhak untuk diiktiraf sebagai lelaki selepas pembedahan tersebut.

Chong juga berpendapat bahawa prinsip res judicata — yang menghalang pertikaian sama daripada diadili semula selepas satu keputusan muktamad dibuat — tidak terpakai dalam kes ini.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili kerajaan menegaskan bahawa tindakan sivil dan permohonan semakan kehakiman wanita itu adalah berdasarkan ‘fakta yang sama’.

Beliau berhujah wanita tersebut tidak boleh membawa fakta yang sama dalam tindakan sivil tersebut.

Panel hakim terdiri daripada Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli, serta Datuk Seri Hakim Hasnah Hashim dan Datuk Abu Bakar Jais.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This