Farid Kamil berusaha jernihkan keadaan, masih sayang Diana Danielle

Dari Penulis

PELAKON Farid Kamil akan terus berusaha mempertahankan rumah tangganya yang dibina bersama isteri yang juga aktres Diana Danielle.

Farid atau nama lengkapnya, Farid Kamil Zahari, 43, berkata, dia mengambil maklum mengenai kenyataan dikeluarkan oleh Diana yang mahu bercerai.

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.

“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-Allah doakan yang terbaik,” katanya.

Farid berkata demikian menerusi hantaran video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi laporan media, peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan anak guamnya itu sudah menberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid dalam tempoh terdekat.

Semalam, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk selain mendedahkan janji-janji yang pernah ditabur Farid sebelum ini tidak ditunaikan.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikannya adalah tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This