GISBH: 424 kanak-kanak ikuti program pemulihan sentiasa dinilai

Dari Penulis

SERAMAI 424 kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang sedang mengikuti program pemulihan di bawah pasukan khas kerajaan negeri Selangor, akan dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan perkembangan terkini keadaan mereka.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata sekiranya terdapat antara mereka yang masih dikategorikan sebagai kronik atau trauma, kanak-kanak itu akan diasingkan untuk mengikuti program atau kaedah pemulihan yang lain.

“Mereka (kategori kronik) akan diletakkan dalam kategori pemulihan lain berbanding anak-anak yang di tahap sederhana atau mild, itu yang kita nilai dari semasa ke semasa.

“Dari segi pelaksanaan, setakat ini program pemulihan berjalan dengan baik dan semua agensi kerajaan saling bekerjasama dalam memberikan bantuan berdasarkan skop kerja masing-masing,” katanya kepada pemberita pada program sesi minum petang 1 Tahun Anfaal Saari di Shah Alam, hari ini.

Baca artikel lain: Proses pemulihan akidah 261 kanak-kanak GISBH positif – MAIS

Anfaal berkata ketika ini program pemulihan itu dijalankan mengikut empat kluster iaitu pendidikan, kebajikan, kesihatan mental dan perundangan.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal GISBH.

Pasukan itu dianggotai wakil daripada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, pakar-pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak Yayasan MBI serta Yayasan Selgate.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This