SEBANYAK 262 premis perniagaan milik Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISBH) telah ditutup sehingga hari ini atas pelbagai alasan dan sebab.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bahawa kebanyakan premis perniagaan GISBH di luar negara juga telah ditutup atau diambil alih oleh pihak luar.
Katanya, premis tersebut telah diambil alih sama ada oleh individu tempatan mahu pun pihak ketiga.
“Sejak Op Global dilancarkan pada September 2024 oleh PDRM, sebanyak 111 kertas siasatan telah dibuka terhadap kes GISBH,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik ke laman web Parlimen.
Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan kedudukan terkini siasatan dan tindakan kepada anggota GISBH dan status syarikat itu sekarang.
Baca artikel lain: MAIS nafi pemulihan akidah bekas ahli GISBH hanya tumpu pengajian tajwid
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebanyak 21 kertas siasatan masih berada dalam status siasatan aktif dan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk arahan selanjutnya.
“Satu kertas siasatan masih dalam tindakan di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Akiviti Haram 2001 (AMLA).
“Seramai 44 individu telah didakwa di mahkamah di bawah pelbagai seksyen kesalahan termasuk 22 orang yang telah dituduh di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

