Curi barang kemas, 4 anggota polis direman 3 hari

Dari Penulis

EMPAT anggota polis direman selama tiga hari selepas dipercayai terlibat dalam kejadian curi barang kemas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata, kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis.

“Namun, setelah memperoleh beberapa keterangan, pihak polis telah mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Susulan itu, empat anggota polis berpangkat Konstabel sehingga Koperal berusia 28 hingga 35 tahun ditahan di sekitar Setapak, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, turut dirampas sekeping resit dan seketul logam berwarna kekuningan seberat 11.52 gram.

Rusdi berkata, pihaknya masih melakukan siasatan dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This