Ibu bapa kurang cakna isu alahan anak-anak, Core Allergy Centre bantu kesan 107 alergen guna teknologi terkini

Dari Penulis

Kanak-kanak mudah terdedah kepada pelbagai penyakit atau alahan disebabkan sistem imun badan yang masih rendah, malah ibu bapa ada kalanya kurang mengambil tahu tindak balas sesuatu bahan atau persekitaran yang menyebabkan anak diserang penyakit.

Justeru, pakar Alahan Core Allergy Centre, Rahman Hamid menyarankan kanak-kanak terutamanya menjalani ujian alahan bagi menyiasat jenis alergen seseorang individu yang mempunyai tindak balas terhadapnya.

“Saya sangat menyarankan kanak-kanak terutama mereka yang mudah diserang penyakit seperti asma, ruam dan sebagainya. Ia sebagai langkah pencegahan buat ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam memberi makanan dan ubatan seandainya anak-anak diserang penyakit.

“Ada kalanya ibu bapa melakukan ‘self diagnose’ terhadap alahan anak-anak, namun harus diketahui terdapat banyak punca alahan lain seperti susu soya, buah oren, makanan laut, habuk dan kekacang. Jika alahan berterusan selepas berjumpa doktor, saya sarankan lakukan ujian alahan untuk mengetahui dengan lebih tepat apa alahan anak-anak.

“Ujian ini hanya dilakukan sekali seumur hidup untuk mengesan 107 alergen dalam badan yang menyebabkan reaksi buruk yang mungkin boleh menyebabkan maut,” katanya ketika ditemui media di Core Allery Centre, Mont Hope Clinic, Plaza Damas 3 Sri Hartamas di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, Core Allergy Centre menggunakan teknologi terkini sistem PROTIA Allergy-Q, yang mana sebanyak 107 alergen boleh diuji dan dikesan dalam masa tiga jam diagnostik makmal dengan pengambilan sampel darah.

“Ujian ini lebih tepat, cekap, ekonomi melalui piawaian dalaman malah format keputusan adalah jelas dan bermaklumat, tepat dengan pengkelasan terhadap tahap alergen individu.

“Alergik melibatkan kos perubatan yang tinggi kerana pesakit kerap datang ke klinik untuk rawatan namun tidak mengetahui punca alahan yang tepat.

“Sebagai contoh, ramai percaya bahawa mereka alah kepada makanan laut seperti udang, tetapi setelah ujian dijalankan, mereka mendapati bahawa bahan-bahan lain yang sebenarnya menjadi penyebab kepada masalah tersebut.

“Sebab itu, saya sangat menggalakkan mereka yang ada masalah seperti ini membuat ujian darah alergi untuk mengetahui punca yang menyebabkan alahan mereka dan mereka boleh elak daripada kerap berlaku,” tambahnya lagi.

Kebanyakan reaksi alahan adalah ringan, tetapi sesetengahnya mungkin sangat teruk. Anafilaksis adalah bentuk reaksi alahan yang paling parah dan mengancam nyawa.

“Reaksi anafilaksis adalah kecemasan perubatan yang jika tidak diambil tindakan segera boleh membahayakan nyawa.

“Antara tindak balas alahan yang boleh dialami termasuk kesukaran bernafas, saluran udara membengkak dan menyebabkan kesukaran bernafas, serak atau masalah bercakap, halangan pada hidung atau batuk, denyutan jantung atau nadi menjadi pantas, kulit berasa gatal, kebas dan kemerahan atau pembengkakkan pada bahagian kulit dan badan,” tambahnya lagi.

Menurut Rahman lagi, Core Allergy Centre beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang, dengan temujanji boleh dibuat melalui Klinik Mont Hope, dan konsultasi khas oleh Pakar Alahan hanya tersedia melalui temujanji setiap hari Rabu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sesi diagnostik alahan akan mengambil masa kira-kira 30 minit dari pendaftaran, konsultasi dan phlebotomy (pengambilan darah), manakala keputusan dan laporan boleh disediakan pada hari yang sama (bergantung kepada beban sampel) atau maksimum tiga hari bekerja.

Bermula pada tahun 2009 sebagai Global Allergist Centre yang terletak di Mont Kiara, pusat itu telah menjalankan diagnostik terhadap lebih daripada 5,000 pesakit, dari Mont Kiara, Lembah Klang ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Dengan pengalaman luas dalam makmal perubatan dan diagnostik selama hampir 19 tahun dan dalam diagnostik alahan selama 15 tahun, Rahman memulakan perjalanan dalam bidang tersebut di bawah bimbingan Dr Manmohan Yadav, pakar alahan terkenal dan pengasas Pusat Alergi Malaysia, yang juga individu pertama memulakan dan memperkenalkan ujian alahan di Malaysia pada tahun 1973.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This