100 MIYE 2024 iktiraf 100 usahawan muda paling berpengaruh

Dari Penulis

Meletakkan penanda aras baharu dalam melakar kejayaan dalam pertumbuhan ekonomi negara, Anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneur 2024 (100MYE) telah mengiktiraf 100 usahawan muda bagi mencetuskan lagi persaingan yang sihat dalam perniagaan masing-masing.

Pengerusi penganjuran 100 MIYE, Datuk KK Chua berkata, setiap kelompok calon yang terpilih mempunyai daya kemampuan luar biasa dalam menangani cabaran sengit ekonomi global, malah harus berdaya saing dengan manfaatkan kecanggihan teknologi pemasaran terkini.

“Jika mereka  boleh melakukan  penambahbaikan dalam kepimpinan, pengurusan dan  strategi perniagaan sebanyak satu persen setiap hari dalam masa setahun, keputusannya mereka akan dapat 37 kali  lebih baik daripada titik awal mereka bermula.

“Pelbagai  cara pemasaran yang ada hari ini memberi ruang yang sangat besar kepada para usahawan untuk membawa perniagaan mereka sehingga ke peringkat global.

“Mereka mesti manfaatkan kecanggihan teknologi pemasaran hari ini seperti Tik Tok  dan sebagainya. Usahawan muda hari ini sangat kreatif dan mampu merangka strategi jualan di ‘luar kotak’, kata Datuk KK Chua.

Dalam pada itu, KK Chua turut menyatakan  tahun kesembilan menyaksikan pencalonan paling sengit di mana sebanyak 950 pencalonan diterima di mana secara tidak langsung menyaksikan ekonomi usahawan muda berada pada landasan yang tepat.

“Tahun ini kami melakar sejarah apabila menerima pencalonan paling ramai, namun hanya 100 usahawan muda terbaik yang terpilih di mana pencalonan dibahagikan kepada 15 kategori dan antaranya terdiri daripada perkilangan, perkhidmatan serta  pembuatan.

“Bagi mereka anugerah yang diterima itu bukan hanya kemenangan peribadi tetapi ia menjadi penanda aras kejayaan perniagaan mereka dan peluang bersemuka dengan usahawan lain pada malam anugerah itu mencetuskan lagi persaingan yang sihat dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, anugerah ini pernah dimenangi penggiat seni dan selebriti terkenal tanah air antaranya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei, Shila Amzah, Fattah Amin dan Fazura.

Sepanjang sembilan tahun penganjuran, majlis anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) telah memberi pengiktirafan kepada 900 usahawan muda yang paling berpengaruh di negara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This