INSTITUT Malaysia-China (MCI) yang digerakkan secara bersama oleh Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR) dan TANG International Education China (TANG) akan menubuhkan Pasukan Pakar TVET Malaysia-China.
Ketua BELIA MAHIR, Mohammad Rizan Hassan dalam kenyataan memaklumkan, penubuhan pasukan tersebut bertujuan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman profesional kedua-dua negara untuk meningkatkan TVET di Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Kata beliau, penubuhan Pasukan Pakar TVET Malaysia-China itu telah diumumkan Pengerusi Lembaga Penasihat MCI, Manndzri Nasib ketika dijemput menyampaikan ucaptama di Persidangan Pendidikan Antarabangsa China 2024 di Pusat Konvensyen Kebangsaan China, Beijing, semalam.
Mohammad Rizan berkata, Persidangan Pendidikan Antarabangsa China 2024 adalah acara tahunan berprestij dalam komuniti pendidikan antarabangsa khususnya TVET yang dihoskan China Education Association for International Exchange (CEAIE) dengan sokongan padu Kementerian Pendidikan China.
Jelasnya, acara tersebut disertai 1,500 institusi TVET dari 60 negara dengan penglibatan 500 speaker TVET antarabangsa dan menarik kunjungan lebih 65,000 warga TVET seluruh dunia.
“Kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang TVET mempunyai potensi besar untuk pembelajaran dan pertumbuhan bersama.
Baca artikel lain: Belanjawan 2025: Kerajaan tunjuk kesungguhan melabur dalam bidang TVET – Belia Mahir

“China dengan sistem TVET yang mantap dan amalan industri maju, boleh menawarkan pandangan dan amalan terbaik yang berharga untuk meningkatkan kualiti dan kaitan program TVET di Malaysia.
“Dengan memanfaatkan kepakaran pakar China, Malaysia boleh mendapat manfaat daripada metodologi pengajaran yang inovatif, pembangunan kurikulum yang berkaitan dengan industri dan teknologi termaju yang penting untuk menyediakan pelajar bagi permintaan tenaga kerja moden,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohammad Rizan berkata, salah satu objektif utama penubuhan pasukan tersebut adalah untuk memudahkan pertukaran pengetahuan dan pembinaan kapasiti dalam TVET antara kedua-dua negara.
Beliau berkata, pakar Malaysia dan China boleh berkongsi kepakaran dan belajar daripada pengalaman masing-masing untuk memacu peningkatan dan inovasi berterusan dalam sektor TVET.
Pertukaran ilmu dan amalan terbaik, menurut Mohammad Rizan, penting untuk memupuk budaya kecemerlangan dan pembelajaran berterusan di institusi TVET seluruh Malaysia.
“Pasukan ini akan memainkan peranan penting di bawah payung MCI dalam menggalakkan persefahaman dan kerjasama silang budaya dalam TVET.
“Dengan menghimpunkan pakar daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, pasukan itu boleh membantu memupuk kerjasama dan sinergi yang lebih erat antara profesional TVET Malaysia dan China.
“Pertukaran silang budaya ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pembelajaran untuk kedua-dua pihak tetapi juga mewujudkan peluang untuk perkongsian dan kerjasama jangka panjang dalam pelbagai bidang pembangunan TVET,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

