SERAMAI 14 orang bakat muda berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Teknologi Automotif berangkat ke China hari ini bagi melanjutkan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Mereka bakal melanjutkan latihan peringkat Diploma Automotive Inspection and Maintenance Technology yang turut memfokuskan kepada kemahiran hybrid electric vehicles (HEV), battery electric vehicles (BEV), plug-in hybrid electric vehicles (PHEV) dan fuel cell electric vehicles (FCEV).
Ketua Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Mohammad Rizan Hassan berkata, semua ini hasil daripada inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) yang berperanan membangunkan TVET diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri.
“Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam mengarusperdanakan TVET oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) semakin mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara, khususnya dari China.
“MCI digerakkan secara bersama oleh BELIA MAHIR, TANG International Education Group China dengan sokongan dan kerjasama institusi TVET dan industri dari China.

“Kumpulan pelajar ini akan menjalani latihan selama satu tahun secara sepenuh masa bertempat di TANGSHAN POLYTECHNIC UNIVERSITY, China.
Baca artikel lain: Kanak-kanak perempuan hilang ketika ambil makanan di kereta, ditemukan selamat, dipercayai diculik
“Penajaan penuh berserta elaun sara diri dengan mengguna pakai pendekatan latihan Work Based Learning (WBL) yang turut melibatkan beberapa industri automotif terkemuka China sepanjang latihan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Apa yang menarik kata Mohammad Rizan lagi, mereka yang terpilih tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik atau tak menamatkan persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
“Namun mereka telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih laluan TVET di peringkat SKM menerusi pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

“Ia membuktikan kepada kepada seluruh masyarakat bahawa pensijilan SKM mampu memberi jaminan masa hadapan yang gemilang termasuk lanjutan ke luar negara,” katanya lagi.
BELIA MAHIR juga berkeyakinan akan lebih ramai lagi bakat muda TVET tempatan bakal melanjutkan latihan di China pada tahun 2025-2026.
Ia bersandarkan kepada penglibatan seramai 1,776 orang pelajar TVET yang telah menjalani latihan jangka masa pendek dalam program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) yang berlangsung sejak Julai 2023 sehingga kini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

