Dera, buli kadet UPNM: Polis terima laporan, mulakan siasatan

Dari Penulis

SIASATAN kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera seorang penuntut senior telah dimulakan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi (1 November) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Kejadian dikatakan berlaku pada 11.45 malam 22 Oktober lepas, di bilik asrama UPNM selepas penuntut senior yang juga pegawai kadet tahun empat telah meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.

“Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu telah mengambil seterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, tindakan penuntut senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur, dan ketika kejadian beberapa orang penuntut senior dikatakan turut berada di dalam bilik berkenaan.

Baca artikel lain: Buli kadet UPNM: PDRM sedia siasat jika ada laporan

Beliau berkata, rakaman percakapan mangsa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan mangsa turut diminta membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan untuk tidak berkompromi dengan budaya samseng, buli dan gangsterisme di institusi pendidikan masing-masing.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes berkenaan dengan siasatan terperinci sedang dijalankan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis tumpaskan geng samun bersenjata di Jasin, empat lelaki diberkas

POLIS menahan empat lelaki termasuk tiga yang didapati positif dadah kerana disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata dan melarikan...

More Articles Like This