Buli kadet UPNM: PDRM sedia siasat jika ada laporan

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedia menjalankan siasatan mengenai dakwaan kes buli seorang pegawai kadet tahun kedua yang dilaporkan berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi.

Namun begitu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan setakat ini belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis termasuk mangsa.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan polis. Seperti kenyataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), siasatan dijalankan secara dalaman.

“Namun, PDRM sedia menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan dibuat. Kita masih menunggu laporan dari kedua-dua pihak (mangsa dan UPNM),” katanya seperti dilapor BH Online.

Baca artikel lain: ATM tidak kompromi kes buli, dera di UPNM – Panglima Angkatan Tentera

Khamis lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes seorang pegawai kadet di UPNM dipercayai menjadi mangsa buli dan dera penuntut senior.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, berkata siasatan terperinci terhadap kes itu sedang dilaksanakan pihaknya.

Sebelum itu, ATM dalam satu kenyataan memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM dipercayai menjadi mangsa buli serta dera oleh seniornya dengan menekap seterika pada bahagian dada mangsa sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan sedang disiasat pada peringkat ALK–UPNM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This