Langgar murid 17 tahun: Tertuduh ada niat sebabkan kecederaan membawa kematian

Dari Penulis

PASUKAN pendakwaan dalam kes pegawai kanan polis yang dituduh membunuh murid Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu akan membuktikan tindakan tertuduh dilakukan dengan niat mengakibatkan kecederaan kepada mangsa yang boleh membawa kepada kematian.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata demikian ketika membacakan ucapan pembukaan prosiding kes terbabit di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet yang memasuki hari kedua di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini, lapor Harian Metro.

Afzainizam berkata, pihaknya akan membuktikan perbuatan tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 45, melanggar mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada had laju tinggi tanpa sebarang tindakan evasif (mengelak) biarpun had laju dibenarkan di lokasi adalah 30 kilometer per jam (km/j) sahaja.

Menurutnya, perbuatan tertuduh melanggar mangsa dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kecederaan dan lazimnya cukup bagi menyebabkan kematian mangsa selaras Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan.

“Tertuduh melanggar si mati (mangsa) dengan mengetahui perbuatan itu adalah berbahaya sehingga mungkin sekali menyebabkan kematian atau sesuatu kecederaan yang mungkin menyebabkan kematian.

“Dan tertuduh melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian, atau bencana sebagaimana tersebut itu selaras dengan Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan,” katanya.

Prosiding hari ini membabitkan tiga saksi pendakwaan (SP) iaitu anggota bertugas di kaunter aduan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BPSTD) Ipoh, Konstabel Muhammad Azif Daniel Abdul Ghaffar (SP1), penjaga stor barang kes Cawangan D5 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Koperal Md Zahir Abdullah (SP2) dan Pegawai Siasatan Forensik Makmal Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Nur Fairuz Idris (SP3).

Lebih 10 barang kes itu termasuk kereta dan motosikal yang ditandakan sebagai eksibit kes berkenaan turut dibawa ke mahkamah.

Ucapan pembukaan prosiding kes itu antaranya menyatakan Mohd Nazri memandu Perodua Ativa berwarna putih melanggar motosikal Yamaha 135LC ditunggang Muhammad Zaharif Affendi di mana ketika kejadian tertuduh sedang memandu kenderaan terbabit menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jati, di sini.

Ketika kejadian, mangsa adalah murid SMK Taman Jati di mana tertuduh keluar semula dan mengekori serta mengejar mangsa selepas pergi ke sekolah berkenaan.

“Tertuduh mengekori dan mengejar si mati (mangsa) dari persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah menuju ke kawasan Masjid Muhammad Al Fateh dan kawasan perumahan Taman Gerbang Meru Indah.

“Setibanya di kawasan hujung jalan Taman Gerbang Meru Indah, tertuduh dan si mati berpatah balik menuju ke laluan yang sama menghala semula ke persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah.

“Tertuduh, selepas berpatah balik masih mengekori dan mengejar si mati. Setibanya si mati di persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah, tertuduh melanggar dari bahagian belakang motosikal si mati,” katanya.

Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian dengan pemeriksaan perubatan dan bedah siasat menunjukkan si mati mengalami kecederaan hingga maut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This