TV Alhijrah gondol 2 anugerah atas kecemerlangan dalam penyiaran Islam

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

STESEN Islamik TV AlHijrah meraih dua anugerah yang mengiktiraf usaha dan dedikasinya dalam penyiaran kandungan Islam di Malaysia, baru-baru ini.

Anugerah pertama adalah Anugerah Kecemerlangan Penciptaan Kandungan Islam, anjuran Halal Development Corporation (HDC). Pengiktirafan ini membuktikan komitmen TV AlHijrah dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang selaras dengan prinsip Islam, sekaligus memperkukuhkan lagi peranan stesen ini sebagai peneraju media Islamik di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed meluahkan kesyukuran atas pengiktirafan yang diterima sambil menegaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama seluruh pasukan TV AlHijrah yang gigih berusaha untuk menghasilkan kandungan bermanfaat, mendidik dan memberi aspirasi kepada masyarakat.

“Alhamdulillah, pengiktirafan ini adalah hasil usaha gigih setiap warga kerja TV AlHijrah yang ikhlas dan komited menyampaikan mesej Islam yang membawa kebaikan. 

“Ia juga menjadi dorongan bagi kami untuk terus memperkayakan variasi kandungan Islamik dan memperbanyakkan lagi konten-konten halal yang boleh memberi manfaat kepada ummah,” katanya dalam ucapannya pada hari tersebut.

Nadzariah turut berkongsi rasa bangga atas kemenangan TV AlHijrah di Anugerah Seri Angkasa 2024 yang baru sahaja diterima, menambah lagi kepada pencapaian luar biasa stesen ini tahun ini.

“Kemenangan TV AlHijrah di Anugerah Seri Angkasa 2024 baru-baru ini benar-benar mengukuhkan lagi reputasi kami dalam penerbitan kandungan berkualiti tinggi yang membawa mesej kebaikan dan inspirasi. Kami bersyukur atas pengiktirafan ini dan komited untuk terus memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia 2023, anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Halal Development Corporation (HDC), telah memberi penghormatan kepada TV AlHijrah atas sumbangan dalam penyebaran kandungan berteraskan Islam.

Anugerah ini disampaikan oleh Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Pegawai-pegawai kanan TV AlHijrah turut hadir bagi meraikan detik bersejarah ini.

Majlis tahunan ini bertujuan mengiktiraf pemain industri halal yang menyumbang secara signifikan dalam memajukan ekonomi Islam serta memartabatkan industri halal di Malaysia dan peringkat global.

Anugerah yang disampaikan meliputi kategori seperti Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa Halal, Anugerah Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Halal, Anugerah Kecemerlangan Logistik Halal, Anugerah Kecemerlangan Makanan dan Minuman Halal, Anugerah Kecemerlangan Jenama Terkemuka Halal, dan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Kewangan Islam.

Kejayaan ini merupakan satu langkah signifikan dalam memastikan nilai-nilai Islam terus dihormati dan diperkasa dalam pelbagai sektor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This