SEORANG lelaki ditahan selepas aksinya memukul seekor anjing sehingga mati di sebuah bengkel dekat Kampung Patikang, Keningau pada 24 Oktober lalu tular di media sosial.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7675
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Ak Garai berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam yang melihat video tular itu pada pukul 2.26 petang semalam.
Beliau berkata, menerusi video berdurasi satu minit itu dapat dilihat seorang lelaki telah memukul anjing dengan menggunakan sebatang besi sehingga mati.
“Bertindak atas maklumat, suspek iaitu seorang lelaki berbangsa Toraja berusia 39 tahun ditahan bersama rampasan peralatan yang digunakan semasa kejadian pada pukul 10.30 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

