POLIS sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, Tasek Gelugor, kelmarin.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7669
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata berdasarkan siasatan terhadap satu video tular, kejadian berkenaan didapati berlaku kelmarin.
“Polis turut menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada seorang wanita iaitu pemilik kedai runcit itu yang memaklumkan pekerjanya seorang lelaki warga Pakistan telah disamun semasa bekerja di premis perniagaan terbabit.
“Suspek bersenjatakan parang telah mengambil wang jualan kedai berjumlah RM2,500 sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal bernombor pendaftaran tidak dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan awal mendapati kejadian berkenaan dirakam oleh kamera litar tertutup di situ.
Anuar berkata setakat ini wajah suspek tidak jelas kerana dia memakai topi keledar dan penutup muka berwarna gelap.
Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhamad Ikram Zulkifli menerusi talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

