Tok Mat, Akmal bidas Tony Pua yang pertahan FashionValet

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan membidas bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mempertahankan skandal FashionValet Sdn Bhd (FV).

Mohamad menerusi hantaran di aplikasi X mempertikaikan kenyataan Tony yang membandingkan keputusan Khazanah Nasional melabur dalam FV tetapi tidak dalam Grab.

“Dulu awak juga yang memfitnah mengatakan Grab itu Datin Seri Rosmah Mansur punya. Dah lupa ke Tony Pua?,” katanya ringkas.

Turut senada dengan Mohamad ialah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang tidak bersetuju dengan kenyataan Tony.

Menurut Muhamad Akmal, faktor untung dan rugi adalah perkara biasa dalam perniagaan.

Begitupun, katanya, ia menjadi luar biasa apabila meletakkan dana awam yang besar kepada syarikat yang mencatatkan kerugian lima tahun berturut-turut sebelumnya.

“Ada lagi yang luar biasa bila ada orang mempertahankannya. Dia (Tony) ini tahu atau tidak rakyat di bawah ini hendak pinjam RM10,000 untuk berniaga pun susah hendak dapat.

“Tidak mengapalah, bodoh itu percuma dan teruskan lah kebodohan itu. Oh ya lupa, dia (Tony) ini bekas setiausaha politik Menteri Kewangan the hidden tunnel negara pasir berdengung,” sindirnya di laman Facebook.

Untuk rekod, semalam, Tony dalam kenyataan berhubung skandal FV berpandangan kritik berlebihan terhadap polemik yang menimpa FV akan mewujudkan budaya ketakutan melampau terhadap risiko pelaburan

Menurut Tony, perkara itu juga secara tidak langsung akan memburukkan lagi industri keusahawan dan modal teroka Malaysia yang ketika ini sudah lemah.

Beliau berkata, kritikan berlebihan oleh ramai ahli politik dan penganalisis yang kononnya pakar juga adalah tidak tepat serta tidak adil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This