Ketua Polis Johor CP M Kumar. GAMBAR: Bernama

KETUA Polis Johor, Datuk M Kumar menafikan akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.

Beliau berkata penyebaran berita palsu itu sesuatu yang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam menyebarkan maklumat tidak benar mengikut penguatkuasaan undang-undang.

Kumar berkata video tular di TikTok berkaitan persaraannya adalah tidak benar serta tidak berasas, kerana beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu terjaga.

Baca artikel lain: Menyamar Ketua Polis Johor, pengurus bangunan didenda RM1,000

“Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia hanya diumumkan melalui saluran rasmi agensi itu.

Terdahulu, tular video memaparkan Kumar menghadiri majlis bagi meraikan pesara dan bakal pesara di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah, di negeri Johor. 

—BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram