SEORANG penuntut Universiti Teknologi Petronas maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Jalan Teknologi 1, Seri Iskandar, 8.10 malam tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7709
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 19 tahun bersama tiga penumpang dimana kesemuanya merupakan pelajar Tahun 1 jurusan kejuruteraan kimia.
Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika Bezza dalam perjalanan dari UTP menuju ke arah Seri Iskandar Business Centre.
“Kereta dipercayai telah hilang kawalan lalu berpusing ke kanan melanggar penghadang jalan dan bergolek beberapa kali sebelum terbabas di tepi jalan.
“Akibat kemalangan, penumpang di belakang kanan mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar semasa kereta bergolek dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu Bezza juga mengalami cedera parah manakala penumpang hadapan serta penumpang belakang kiri mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang.
Hasil bedah siasat terhadap penumpang belakang kanan mendapati punca kematian adalah ‘polytrauma consistent with road traffic accident’.
Kes disiasat di bawah Seksen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

