â‹…
PEMBERI maklumat yang baru-baru ini mendakwa ada memiliki bukti video berhubung skandal rasuah melibatkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkongsi satu rakaman audio kepada Malaysiakini di mana seorang ahli politik dikatakan membincangkan rasuah yang diterimanya untuk menyokong projek di sebuah negeri.
Klip itu yang dikongsi kepada Malaysiakini dipercayai diekstrak daripada salah satu daripada lapan video yang ingin diserahkan pemberi maklumat kepada SPR, memetik laporan portal berita tersebut.
Rakaman selama 17 saat itu merupakan klip audio yang menurut ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dimainkan semasa pertemuan antara peguam pemberi maklumat dan pegawai suruhanjaya itu pada 30 Oktober lepas.
Difahamkan, ia adalah dakwaan rakaman perbincangan seorang ADUN dengan seorang ahli perniagaan berhubung ‘syarat memulangkan RM500,000’ yang diterimanya sebagai balasan menyokong projek di negeri itu.
Ahli politik yang didakwa itu mengatakan dia akan memulangkan jumlah itu secara berperingkat sejak lesen untuk projek itu dibatalkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

