Wanita warga asing maut terjatuh atas bumbung Pavilion Suites

Dari Penulis

SEORANG wanita warga asing maut selepas terjatuh di atas bumbung “foyer” Pavilion Suites di Jalan Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 3.57 pagi.

Sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu serta Jalan Hang Tuah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Md Fuad Selamat melaporkan, bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita telah terjatuh diatas bumbung tersebut dari tingkat yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan pada pukul 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, anggota bomba menurunkan mangsa dengan menggunakan kaedah teknik “lowering” sehingga diturunkan dalam keadaan selamat.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This