Misha Omar Back To Basic Showcase bakal cetak sejarah baharu Disember ini!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Misha Omar sedang menunaikan doa dan mimpi para peminat apabila mengumumkan persembahan solonya yang bakal diadakan pada Disember ini setelah kali terakhir dilakukan di pentas berprestij, Istana Budaya pada 2021.

Dengan jeda waktu tiga tahun daripada konsert solo pertama tersebut, Misha tetap memilih sebuah panggung kecil namun dijangka akan penuh intim berbanding beraksi di pentas konsert nan megah.

Dinamakan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE, persembahan yang sekian lama dinantikan itu bakal berlangsung pada 21 Disember ini di ODEUM AT JIOSPACE, PETALING JAYA bermula pukul 8.30 malam.

Menurut pesohor seni kelahiran Kelantan ini, MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE diadakan bukan dalam skala besar adalah sebagai sebuah apresiasi buat peminat yang tidak pernah berpaling daripada mendukung dua dekad karier seninya.

Dan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE  juga akan menjadi ‘pemanas’ kepada sebuah konsert berskala besar yang menjadi impian emasnya pada waktu mendatang.

“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam belantika muzik malah masih mampu kekal relevan, bohong jika saya katakan tidak punya mimpi mengadakan konsert besar-besaran.

“Mengapa MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE berskala kecil bukan sebuah konsert mega adalah kerana saya suka untuk memulakan sesuatu dengan langkah kecil sebelum mencetak sejarah yang lebih besar.

“MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE  ini juga saya adakan khas buat peminat yang sentiasa bertanya mengenai bila saya akan menghiburkan mereka secara langsung.

“Ironi, saya sendiri seorang penyanyi yang juga tidak mementingkan soal sudah lama dalam industri maka perlu bikin konsert tapi lebih memilih melakukan kerja secara berperingkat.

“Mana tahu bermula dengan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE yang berskala kecil ini menjadi ‘pintu’ menuju konsert mega pada masa akan datang? Kita doa bersama,” ujarnya sederet tembang hit termasuk yang terkini, Masihkah Ada Rasa Itu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai konsep showcase yang dianjurkan DOUBLE M PRODUCTIONS ini, Misha akan menghiburkan peminat selama 90 minit dengan iringan pemuzik yang berprofil tinggi.

Bintang berusia 42 tahun yang menggunakan khidmat Datuk Syafinaz Selamat selaku pengarah vokal itu meletakkan tanggungjawab pengarah muzik kepada Ayop Azril bersama sembilan pemuzik di bawah pimpinannya.

Manakala Jennifer Thompson diberi kepercayaan selaku pengarah konsert sementara Simon Khoo menggalas tugas pengarah teknikal.

Pada malam nan indah itu, Misha hanya mahu ‘bersenang-senang’ bersama peminat dengan seleksi tembang yang akan mengejutkan.

“Alasan di sebalik pemilihan nama MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE juga punya signifikan tersendiri dengan konsep persembahan malam tersebut. Ia seperti pulang kepada asas.

“Saya akan membawa peminat pulang ke saat seorang Misha Omar baru mahu mencetak nama sebagai penyanyi selepas pertama kali mengikat kontrak bersama syarikat rakaman besar pada 2002.

“Bagaimana saya sangat menghargai momen menyanyi di pentas kecil seperti Planet Hollywood dan menyanyikan tembang-tembang milik penghibur lain yang telah memberi saya kepercayaan dan inspirasi untuk terus berkarya.

“Selebihnya saya senang merahsiakannya dahulu tetapi yang pasti kejutan luar biasa sudah saya siapkan buat peminat yang hadir ke ODEUM AT JIOSPACE, PETALING JAYA  pada 21 Disember 2024,” jelas Misha.

Untuk itu, buat peminat yang telah lama berdoa dan bermimpi melihat Misha Omar kembali ke panggung menghiburkan khalayak dengan lunak merdu vokal dan ciri khasnya sebagai seorang penyanyi, MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE  adalah momen yang ‘berdosa’ untuk dilepaskan.

Pastikan anda mendapatkan tiket-tiket dengan harga RM288 (CAT 2- free standing), RM338 (CAT 1- free standing), RM388 (Mezzanine- numbered seat), RM488 (VIP: Numbered seat ~ with Photo Session Pass)  di platform JIOTIX : https://www.jiotix.asia/ segera kerana melepaskan peluang menonton MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE menjadikan tahun 2024 tidak lengkap.

Tiket mula dijual pada 27 November ini, pukul 10 pagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This