Enggan layan Akmal Saleh kerana bukan satu ‘level’ – Anthony Loke

Dari Penulis

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan beliau enggan ‘menyerang balas’ Dr Muhamad Akmal Saleh kerana Ketua Pemuda UMNO itu bukan berada dalam ‘level’ yang sama dengannya.

Memetik laporan Malaysiakini, Loke berkata, beliau lebih mementingkan untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi Kerajaan MADANI serta memberi fokus untuk meningkatkan ekonomi negara.

Menurut Loke, sekiranya beliau terlalu memberi perhatian kepada serangan-serangan politik dari pembangkang, tugas utamanya sebagai menteri dan pemimpin kerajaan turut akan terganggu.

“Saya adalah pemimpin tertinggi parti, setiausaha agung. Jika saya perlu memberi respons terhadap setiap komen yang dibuat oleh pemimpin peringkat kedua atau ketiga dari pihak pembangkang atau sekutu, saya tidak akan mempunyai masa untuk melakukan perkara lain kerana perhatian saya sentiasa terganggu.

“Jika saya memberi respons kepadanya, ia sebenarnya menaikkan statusnya. Dia hanyalah seorang Ketua Pemuda, bukan pembuat keputusan, bukan pemimpin utama partinya, tidak berada dalam Kabinet, dan bukan ahli Parlimen.

“Jadi, jika parti kami perlu memberi respons, ada orang lain yang boleh menguruskannya. Sayap pemuda kami atau anggota jawatankuasa pusat yang lain boleh memberi respons,” katanya.

Untuk rekod, pada 27 Oktober, semasa isu bendera berkaitan Festival Kebudayaan Guan Gong, Ang Say Tee, seorang ahli perniagaan dan pemimpin beberapa NGO Cina, menyamakan Loke sebagai ‘tikus’ ketika berhadapan dengan Muhamad Akmal, yang digambarkannya sebagai ‘kucing kecil’.

Ang melihat Loke perlu mencontohi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan bertindak seperti ‘kucing besar’.

Mengulas mengenai kenyataan Ang, Loke berkata, setiap parti mempunyai ‘watak’ yang gemar menimbulkan isu atau cuba menjadi hero, tetapi beliau tidak akan melayan individu seperti itu.

“Inilah cara kami menguruskannya. Tidak ada istilah ‘menjadi tikus’. Apa yang perlu ditakutkan? Apa yang kami takutkan?.

“Namun, jika kita terus terlibat dalam pertelingkahan, ia akan membuatkan kerajaan kelihatan tidak produktif, seolah-olah mengabaikan perkara penting, dasar, dan pembangunan ekonomi, serta hanya fokus kepada pergaduhan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This