Tiga beranak maut, motosikal hilang kawalan langgar lori dekat DUKE

Dari Penulis

TIGA beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2, Lebuhraya Duta-Ulu Klang dari Sungai Buloh menghala ke Tol Segambut, 7.20 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mereka yang maut merupakan penunggang motosikal, seorang lelaki Melayu berusia 37 tahun dan pembonceng yang juga isteri, berumur 27 tahun serta anak perempuan berusia empat tahun.

Beliau berkata, seorang lagi anak mangsa, bayi lelaki berusia anggaran setahun selamat dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lori yang membawa produk makanan basah telah memberhentikan kenderaan kerana mengalami masalah pemula (starter).

“Dalam masa yang sama, sebuah lagi lori telah parkir di belakang lori yang rosak tersebut untuk proses pemindahan barangan.

“Mangsa yang menaiki motosikal datang dari arah belakang dipercayai bergerak memotong kenderaan lain.

“Bagaimanapun, motosikal tersebut gagal mengelak lalu melanggar belakang lori yang sedang memunggah barangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemilik lori bersama pekerja telah meletakkan lima kon keselamatan dan dua lagi pekerja melakukan kawalan semasa pemindahan barang dilakukan.

“Saksi kejadian menyatakan telah melihat motosikal cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan melanggar lori yang sedang diparkir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, bedah siasat ke atas kesemua mangsa telah selesai dilakukan pada pukul 2.30 petang tadi dan jenazah telah dituntut oleh waris.

Solat jenazah dilaksanakan selepas solat Asar di Masjid Jamie Huda, Ampang dan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This