Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap

Dari Penulis

ABIDIN Ismail hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada persidangan Kali kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di Georgetown.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.

Abidin menang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan pada 6 Julai lepas dengan majoriti 4,267 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-15 hari ini.

Pada PRK berkenaan beliau memperoleh 14,489 undi.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei lepas akibat radang dalam perut.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This