JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan akan terus memantau 82 stesen hidrologi untuk mendapatkan data hujan dan aras air semasa sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Pengarahnya Ir Dr Siti Fairus Zakaria berkata ia terdiri daripada 33 stesen aras air dan 49 stesen hujan di seluruh Kelantan yang kini dalam keadaan bersiap siaga dan dipantau secara terus melalui portal ‘Public Infobanjir’.
“Mengikut pecahan bagi setiap jajahan pula sebanyak 14 stesen hujan terdapat di Gua Musang, tujuh stesen (Jeli), enam stesen (Kuala Krai), lima stesen (Pasir Puteh dan Pasir Mas), empat stesen (Tanah Merah), tiga stesen (Kota Bharu dan Bachok) manakala satu stesen masing-masing di Machang dan Tumpat.
“Bagi stesen aras air pula, terdapat tujuh di Kuala Krai, enam (Gua Musang), empat (Tanah Merah dan Jeli), tiga (Pasir Mas, Kota Bharu dan Pasir Puteh) manakala satu stesen masing-masing di Machang, Tumpat dan Bachok,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata terdapat 42 siren amaran banjir telah dipasang di kawasan ‘hotspot’ banjir supaya penduduk dapat berwaspada dengan situasi semasa dan bersedia berpindah ke pusat pemindahan sementara.
“Siren amaran banjir itu dipasang di 12 lokasi di jajahan Gua Musang, lapan lokasi di Kuala Krai, masing-masing lima lokasi di Tumpat dan Tanah Merah, empat lokasi di Pasir Mas, tiga lokasi di Jeli, masing-masing dua di Kota Bharu dan Machang serta satu lokasi di Pasir Puteh,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan MTL bermula dari 5 Nov lepas hingga Mac 2025 dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

