Penunggang motosikal maut langgar lori berhenti di lorong kecemasan

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 7.9, Lebuhraya Baru Lembah Klang, pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila lori yang bermuatan tar dari arah Klang ke Kuala Lumpur telah berhenti di lorong kecemasan selepas tayar pancit.

Beliau berkata, datang sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki India berusia 29 tahun dan melanggar bahagian kanan belakang lori tersebut.

“Kemalangan ini mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah disahkan maut di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Syahrul Zulkeflee di talian 010-4589850.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan, memuatnaik atau berkongsi kandungan gambar mangsa kemalangan melalui media sosial atau mana-mana aplikasi komunikasi.

Perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah undang-undang khususnya seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This