Norza dilantik presiden kehormat seumur hidup BAM

Dari Penulis

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) melantik Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai presiden kehormat seumur hidup.

Pengumuman itu dibuat oleh pemangku presiden BAM V Subramaniam pada sidang media selepas mesyuarat majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini.

“(Pelantikan ini dibuat) mengikut perlembagaan (BAM) dan dipersetujui sebulat suara oleh pihak pengurusan dan majlis,” katanya memetik laporan FMT.

Sebekum ini, Norza berkhidmat sebagai presiden BAM dari 2017 hingga 24 Ogos lepas.

Disember lepas, Norza mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan, dengan menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz sebagai pengganti pilihannya.

Bagaimanapun, susulan permintaan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh agar mempertimbangkan keputusan itu, Norza bersetuju kekal sebagai presiden BAM sehingga selepas Sukan Olimpik Paris.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This