Pemuzik legenda Ahmad Nawab meninggal dunia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMUZIK legenda negara, Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia pada pukul 3.15 petang akibat sesak nafas, hari ini.

Allahyarham Ahmad Nawab atau nama penuhnya Ahmad Khan Nawab Khan menutup mata pada usia 92 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.

Berita sedih itu disahkan oleh anak arwah iaitu  Nasir Nawab.

“Ya, bapa saya baharu sahaja meninggal dunia hari ini pada pukul sekitar 3.15 petang tadi.

“Kesihatannya mula merosot sejak sebulan lalu. Malah, arwah juga pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara disebabkan sesak nafas,” katanya.

Sepanjang penglibatan dalam bidang seni sejak era 50-an, arwah pernah menerbitkan lebih 200 buah album hasil kerjasama dengan ramai penyanyi terkenal antaranya Allahyarham Sudirman Arshad, Uji Rashid, Ramlah Ram, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan ramai lagi.

Ahmad Nawab juga pernah menghasilkan lebih 2,000 buah lagu sejak bergiat aktif sebagai komposer pada era 1950-an.

Arwah juga individu di sebalik lagu ‘Malaysia Truly Asia’ yang dinyanyikan oleh Khadijah Ibrahim bagi mempromosikan negara di persada antarabangsa yang kekal ikonik sehingga ke hari ini.

Sumbangan arwah terhadap persada muzik tempatan juga turut mendapat pengiktirafan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menganugerahkan Doktrate Dalam Penulisan Kehormat pada tahun 2000.

Seterusnya pada 2006, Ahmad Nawab yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun menerima Anugerah Seniman Negara.

Pada Jun tahun lalu, Ahmad Nawab dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This