Jonassen terima cabaran BAM untuk pingat emas Olimpik pertama Malaysia

Dari Penulis

KETUA jurulatih perseorangan yang baharu, Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).

Bagaimanapun, jurulatih dari Denmark berusia 50 tahun itu berkata beliau tidak mampu melakukannya berseorangan kerana ia memerlukan usaha bersama dan sokongan daripada semua pihak untuk menjadikan impian pingat emas satu kenyataan.

“Matlamat utama saya ialah untuk memenangi pingat emas dan memenuhi impian BAM. Saya akan berkerjasama erat dengan kedua-dua pihak iaitu pemain dan rakan sekerja baharu saya

“Jika kita mahu mencapai impian itu, ia perlu menjadi usaha berpasukan. Tiada siapa mampu untuk mencapainya sendirian,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menyifatkan tugas baharunya dalam pasukan badminton Malaysia itu adalah peluang yang datang sekali seumur hidup.

Jonassen berkata sejak sekian lama beliau meminati badminton Malaysia dan panggilan telefon daripada Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky pada Oktober lepas menjadikan impiannya satu kenyataan.

“Saya merupakan peminat badminton Malaysia, cara sukan ini diberi perhatian di Kuala Lumpur menunjukkan sukan ini sangat penting. Jadi, apabila mendapat peluang ini saya anggap ia sangat unik.

“Dalam kata lain, jika anda berjaya di Eropah, semua jalan akan membawa anda ke Asia,” katanya.

Jonassen menambah Malaysia mempunyai sejumlah pemain berbakat seperti Justin Hoh, Leong Jun Hao dan Ng Tze Yong, dan beliau teruja untuk bekerja dengan mereka pada masa depan.

“Saya amat menantikan perbincangan pertama saya dengan mereka dan sedar ia akan mengambil sedikit masa sebelum kita dapat melihat hasilnya.

“Sudah tentu terdapat jurang antara cara Eropah dan Asia dan ia mungkin akan mengambil masa. Saya rasa jika kita dapat mencari keseimbangan itu, kita akan dapat sesuatu yang agak unik,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam mengumumkan Jonassen sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu di bawah kontrak empat tahun hingga 2028.

Jurulatih dari Denmark itu akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 4 Jan ini.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This