KUALA Lumpur (KL) City akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan suku akhir PIala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 4 – 1 dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Miroslav Kuljanac memenangi perlawanan keseluruhan selepas menyingkirkan juara lima kali, Kedah Darul Aman (KDA) secara agregat 6-4 walaupun tewas 2-3 dalam perlawanan pertama di Stadium Darul Aman, sebelum ini.
Tuan rumah tidak menunggu lama apabila Paulo Josue mendapat gol pertama pada minit ke-14 melalui sepakan percuma di luar kotak penalti dan empat minit kemudian apabila Jovan Motika menjaringkan gol pada minit ke-18.
KL City terus melebarkan jurang dengan gol ketiga menerusi Ryan Lambert pada minit ke-41 untuk selesa mendahului 5-3 secara agregat menuju ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, Kedah berjaya mengurangkan defisit apabila menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-73 menerusi Milos Gordic sekali gus menjadikan agregat 5-4.
Bagaimanapun, Zhafri Yahya menutup impian pelawat untuk bangkit apabila meledak gol keempat KL City pada lewat perlawanan sekali gus melayakkan mereka ke suku akhir.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

