Banjir: Operasi tren MySawasdee KTMB ke Hatyai dibatalkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERKHIDMATAN tren khas MySawasdee kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari KL Sentral-Hatyai-KL Sentral dibatalkan mulai hari ini hingga Isnin (2 Disember).

Perkara tersebut dimaklumkan KTMB dalam kenyataan, semalam.

Menurut KTMB, pembatalan perkhidmatan tren MySawasdee 1004 dan 1005 itu susulan situasi hujan berpanjangan di wilayah utara Semenanjung dan Hatyai yang sedang dilanda banjir.

Justeru, KTMB memaklumkan, pemulangan tambang penuh akan diberikan menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS).

“Sebarang bantuan boleh rujuk kakitangan stesen bertugas atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-97791200 atau e-mel ke [email protected].

Baca artikel lain: KTMB laksana bayaran tanpa tunai sepenuhnya tahun hadapan

“KTMB memohon maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku,” katanya.

Sebelum ini, KTMB memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.

Berikutan itu, perkhidmatan KTM Intercity ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan JB Sentral-Tumpat turut dibatalkan mulai semalam.

Perkhidmatan lain yang turut terjejas termasuk Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 (JB Sentral–Tumpat–JB Sentral) serta Shuttle Timuran (Kuala Lipis–Gua Musang–Tumpat) akibat banjir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This