Operasi tren di Stesen JB Sentral ditutup sementara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

OPERASI perkhidmatan tren di Stesen JB Sentral akan ditutup sementara mulai pukul 10 malam ini sehingga 6 pagi esok.

Perkara itu dimaklumkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini.

Menurut KTMB, penutupan operasi tren itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran struktur truss untuk Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura.

Bagaimanapun, katanya, penutupan sementara landasan antara Stesen Kempas Baru dan Stesen JB Sentral itu tidak membabitkan penutupan keseluruhan operasi.

Sepanjang tempoh itu, KTMB berkata, hanya dia perkhidmatan tren elektrik (ETS) iaitu tren 9449 dan 9535 akan terjejas.

“Kedua-dua tren akan ditamatkan di Stesen Kempas Baru dan penumpang akan dibawa ke Stesen JB Sentral menggunakan perkhidmatan bas perantara disediakan KTMB.

“Kawasan khas untuk menaikkan dan menurunkan penumpang akan disediakan di kedua-dua lokasi.

“Petugas turut ditempatkan di kawasan terlibat bagi membantu dan membimbing para penumpang,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, KTMB menasihatkan penumpang supaya mematuhi papan tanda serta arahan petugas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan sepanjang tempoh penutupan.

Katanya, semua perkhidmatan tren akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari esok.

“KTMB menghargai kerjasama dan kesabaran penumpang sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja ini.

“Segala kesulitan amat dikesali,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This