Az Zuha Group Travel & Tours ungguli Anugerah MEBA 2024 menerusi Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DI sebalik cabaran ekonomi global yang semakin tidak menentu, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila menjadi satu-satunya agensi pelancongan yang menerima pengiktirafan berprestij daripada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Edisi ke-8 menerusi kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan baru-baru ini.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur itu memberi penghormatan kepada perniagaan yang menunjukkan ketahanan luar biasa dan kebolehsuaian dalam menghadapi cabaran dunia pasca-pandemik. Pengiktirafan ini sekali gus mengangkat nama Az Zuha sebagai peneraju dalam industri pelancongan Islam di Malaysia.

Sebagai sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 12 tahun, Az Zuha Group & Travel Sdn Bhd berjaya mengekalkan rekod bersih dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Tambahan pula, syarikat ini telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M untuk tiga tahun berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha Group & Travel Sdn Bhd, Haji Abdul Malik Abdul Raman, berkata, pengiktirafan ini adalah satu pencapaian yang amat besar buat Az Zuha.

“Ia mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan operasi. Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang terus mempercayai kami sepanjang 12 tahun ini,” katanya.

Selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa, Az Zuha kini memperkenalkan aplikasi E-Azzuha, inovasi pertama di Malaysia yang direka khas bagi melancarkan pengurusan jemaah menjalankan ibadah di Tanah Suci.

Aplikasi ini bukan sahaja menjimatkan masa berbanding kaedah manual, tetapi turut memberikan kemudahan kepada bakal jemaah dalam memilih pakej, membuat tempahan, dan menguruskan perjalanan umrah secara digital.

Aplikasi E-Azzuha dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih, termasuk modul perjalanan umrah yang komprehensif selain pengguna boleh mengikuti perkembangan perjalanan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai status visa, penerbangan, tempat penginapan, dan panduan perjalanan.

Haji Abdul Malik menambah, “Aplikasi ini adalah usaha kami untuk menyediakan pengalaman ibadah yang lebih lancar, moden, dan efisien kepada pelanggan. Ia merupakan satu lonjakan ke arah transformasi digital dalam industri pelancongan Islam.”

Sebagai peneraju dalam industri pelancongan Islam, Az Zuha sentiasa komited untuk menyediakan pakej umrah dan haji yang telus dan berkualiti. Rekod bersih syarikat ini mencerminkan integriti dan profesionalisme yang menjadi teras utama operasi mereka.

Az Zuha Group & Travel Sdn Bhd berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak agensi pelancongan untuk terus meningkatkan standard perkhidmatan, sambil mengutamakan kepercayaan dan kesejahteraan pelanggan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahu Menang Jongkong Emas Fizikal? Ini Cara Sertai Peraduan Ulang Tahun Ke-14 JustMarkets

PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.  Kempen gergasi yang menawarkan...

More Articles Like This