Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia daripada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF) yang mengiktiraf kepimpinan dan komitmen teguh beliau dalam memajukan pembangunan mampan.

Anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini kerana Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, tidak dapat menerimanya di forum itu yang berlangsung di London, United Kingdom pada 22 Nov lepas.

Anugerah itu juga bagi mengiktiraf usaha tanpa jemu Fadillah dalam memupuk perpaduan dan kemajuan merentasi pelbagai sektor.

Mohamed Iqbal, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa dedikasi Fadillah mempromosi kemampanan, perpaduan dan kepimpinan dalam dunia Islam benarbenar memberikan inspirasi.

“Visi dan usaha beliau mencerminkan cita-cita WMLF dan anugerah ini adalah bukti kepada impak berkekalannya dalam memupuk penyelesaian yang dipacu oleh pembangunan yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh dunia,” katanya.

Edisi ke-13 WMLF yang bertema Muslim Leadership in Challenging Times: Fostering Inclusivity and Sustainability, menghimpunkan para pemimpin, penggubal dasar, cendekiawan, usahawan dan inovator daripada dunia Islam untuk meneroka strategi bagi memanfaatkan pembangunan ke arah memajukan matlamat pembangunan mampan (SDG).

Dianjurkan bersama oleh KSI, forum itu menekankan bidang kritikal seperti kesaksamaan jantina, pemerkasaan golongan belia, perubahan iklim dan pembinaan keamanan dalam perbincangannya.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This