Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1

Dari Penulis

SRI Pahang FC berjaya meloloskan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1 pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya malam ini.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dalam melancarkan serangan bagi memburu jaringan pertama sebelum pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-25.

Sepakan penalti itu diberikan selepas Harith Haiqal Adam Afkar menjatuhkan penyerang Kpah Sherman di dalam kotak penalti pada minit ke-24.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak buah pengendali baharu skuad Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi, memperkemas permainan dan hampir menyamakan kedudukan apabila Alvin Fortes melakukan percubaan namun bola tersasar ke sebelah kanan gawang pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan semakin garang memburu jaringan sebelum pasukan pelawat hampir menggandakan kedudukan apabila Sherman menjaringkan gol pada minit ke-52 namun gol tersebut dibatalkan pengadil kerana pemain dari Liberia itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Percaturan pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Ali Olwan menjaringkan gol penyamaan selepas menerima hantaran pantas Fortes pada minit ke64. Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan kerana penyerang Selangor Mohamad Faisal Abdul Halim berada dalam kedudukan ofsaid.

Kekecewaan itu tidak mematahkan semangat skuad Gergasi Merah aoabila akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi kapten pasukan Muhammad Safuwan Baharudin yang menanduk masuk bola ke gawang pasukan lawan selepas menerima hantaran Fortes pada minit ke-78.

Namun, Sri Pahang sekali lagi di hadapan apabila Sergio Aguero menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84 selepas pemain pertahanan Selangor Quentin Ho menjatuhkan Maykola Ahapov dalam kotak penalti pada minit ke-81.

Selangor gagal menyamakan kedudukan meskipun mendapat dua sepakan penjuru pada masa kecederaan dan perlawanan berakhir dengan keputusan Sri Pahang 2-1 Selangor.

Sri Pahang kini akan menentang Perak FC dalam pusingan suku akhir dengan perlawanan timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 22 Dis ini. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This