SEORANG buruh didenda sebanyak RM1,000 selepas mengaku bersalah menyebabkan kerosakan terhadap sebuah kenderaan di lampu isyarat berdekatan Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7999
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, tertuduh Muhammad Khariul Anuar Mohd Tahir, 39, telah dituduh di Mahkamah Majistret 9 Kuala Lumpur di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan hari ini.
Katanya, tertuduh juga telah menjelaskan bayaran hukuman denda.
Sementara seorang lagi tangkapan, Muhammad Zuadi Ludin, 35, yang merupakan penganggur telah dijadikan saksi pendakwaan.
Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima laporan mengenai kejadian khianat pada pukul 1.41 pagi, 26 November lalu.
“Pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang memandu Proton Wira telah dihimpit oleh sebuah Perodua Axia yang cuba memasuki laluan pengadu.
“Pengadu telah membunyikan hon untuk memberi amaran pada pemandu Axia bagi mengelak berlakunya perlanggaran.
“Semasa kedua-dua kenderaan berhenti di lampu isyarat berdekatan Hospital Gleneagles, suspek telah keluar dari kereta Axia lalu menumbuk cermin kanan Wira dan menendang pintu kiri sehingga kemek dan menyebabkan cermin retak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, dua lelaki tempatan berusia 35 dan 39 tahun telah ditangkap dan dibenarkan reman selama tiga hari sehingga 4 Disember bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

