Kementerian Digital sokong IPT wujudkan Fakulti AI – Gobind

Dari Penulis

KEMENTERIAN Digital menyokong usaha institusi pengajian tinggi (IPT) yang mahu mewujudkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI).

Menteri berkaitan Gobind Singh Deo berkata, ia dilihat sebagai usaha pengembangan bakat dan memastikan modal insan dalam bidang AI mencukupi.

“Bergerak ke depan, negara memerlukan banyak bakat dan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi AI. Ketika ini, infrastruktur sedang dibina dan negara memerlukan individu mahir untuk mengoperasikannya.

“Kalau ada tarikan terhadap aspek AI maka ada peluang yang mencukupi untuk setiap rakyat Malaysia, mendapat pelajaran yang diperlukan untuk meningkatkan taraf dan memastikan bakat itu sentiasa ada.

“Bergerak ke hadapan, kita sudah pun melancarkan yang mana Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyempurnakan penubuhan Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saya dimaklumkan bahawa kira-kira 100 orang pelajar kohort pertama sudah dilancarkan sebulan lalu.

“Ia adalah tahap pertama untuk kita bergerak ke hadapan. Kita mahu pastikan ia diperluaskan di seluruh negara, setiap universiti ataupun institusi pendidikan akan mempunyai keupayaan untuk memulakan fakulti itu, kita akan menyokong,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri Ujian Lisan SPM

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Tranformasi Pembuatan Dengan Teknologi 5G dan Kecerdasan Buatan (AI) di Hotel DoubleTree, hari ini.

Pada 26 September lalu, UTM muncul universiti pertama mewujudkan Fakulti AI di Malaysia yang dibangunkan dalam tempoh empat bulan.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dilaporkan berkata pihaknya bersedia menawarkan kursus jangka pendek dalam bidang AI sekiranya mendapat banyak permintaan.

Beliau berkata, pihaknya menerusi Fakulti AI (FAI) sudah menawarkan pengajian Sarjana Muda Kecerdasan Buatan dengan Kepujian bermula 29 September lalu, membabitkan pengambilan 129 pelajar sulung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This