Bekalan elektrik di Kedah pulih sepenuhnya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKALAN elektrik yang ditutup sementara akibat bencana banjir di sekitar negeri Kedah telah pulih sepenuhnya.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam hantaran di Facebook turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

Ahad lalu, TNB mengumumkan pihaknya terpaksa menutup sementara elektrik di beberapa kawasan di Kedah iaitu 11 pencawang di Alor Setar dan satu di Sik berikutan banjir.

Sehubungan itu, pengguna tidak mendapat bekalan elektrik susulan penutupan bekalan elektrik kira-kira pukul 1 petang.

Baca artikel lain: TNB tutup pencawang elektrik di kawasan banjir elak kemalangan

Pencawang di Alor Setar melibatkan Kampung Bukit Derang, Kampung Bukit Hijau, Kampung Empa 1 dan 2, Kampung Teras, Kem Tentera Udara Diraja Malaysia, Kampung Alor Madi dan Kampung Pulau Kerengga.

Turut terjejas Kampung Titi Gajah 1, Kampung Alor Perang, Kampung Alor Senjaya dan Rumah Pam Alor Gunung manakala di Sik melibatkan Kampung Padang Chicar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This