Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi MyCC yang baharu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu berkuatkuasa mulai 25 November lalu bagi tempoh tiga tahun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perlantikan itu bagi selepas bekas Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunis dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkuatkuasa 3 Julai lalu.

Menurut Armizan, Idrus memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting, termasuk sebagai Peguam Negara dengan rekod perkhidmatan selama lebih 40 tahun.

Armizan berkata, sepanjang kerjaya beliau, Idrus telah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Pelantikan ini dibuat di bawah seksyen 5(1)(a) Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713]. Berdasarkan pengalaman luas dan kepakaran yang dimiliki, saya yakin pelantikan beliau akan memastikan kesinambungan usaha pemerkasaan peranan MyCC sebagai salah satu agensi di bawah KPDN.

“Selain itu, saya juga berharap beliau dapat membawa hasrat agenda reformasi Kerajaan melalui pindaan Akta Persaingan 2010 [Akta 712] untuk memperkasakan lagi kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan MyCC termasuk memperkenalkan rejim penggabungan dan pengambilalihan untuk menghalang pembentukan awal kartel atau monopoli yang bermasalah.

“Saya turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Hishamudin, bekas Pengerusi MyCC atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada MyCC dan negara sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This